KUALA LUMPUR, 17 Sept : Sarawak menambah kilauan emas acara olahraga menerusi Ng Jing Xuan yang mengungguli acara rejam lembing wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20.
Jing Xuan, 18, melakukan rejaman sejauh 43.45 meter untuk menewaskan wakil Pulau Pinang, J. Pavithraa Devi yang melakukan catatan 43.42 meter.
Gangsa turut diraih atlet Sarawak, Farisha Athirah Wai yang merekodkan 39.93 meter.
Aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil turut menyaksikan Sarawak turut meraih pingat gangsa dalam acara lompat kijang lelaki menerusi Brendon Ting Li King.
Emas acara itu menjadi milik Sabah menerusi wakilnya, Andre Anura @ Anuar dan Selangor meraih pingat perak. -TVS