Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara Jabatan Perhutanan Pahang dipercayai menembak isterinya hingga mati sebelum warga emas terbabit membunuh diri. Foto: TVS

Pesara tembak isteri hingga mati sebelum tembak diri sendiri

JERANTUT, 17 Sept : Seorang pesara Jabatan Perhutanan Pahang dipercayai menembak isterinya hingga mati sebelum warga emas berusia 73 tahun terbabit membunuh diri.

Motif kejadian dipercayai kerana perselisihan faham berhubungan agihan hasil jualan tanah di rumah pasangan terbabit di Jerantut, Pahang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian disedari jiran pasangan terbabit kira-kira jam lapan pagi selepas terdengar bunyi tembakan di rumah warga emas terbabit di Kampung Machang Raja Labu, Jerantut.

“Jiran mangsa kemudian bergegas ke rumah pasangan terbabit dan menemui mayat lelaki terbabit dalam keadaan terduduk di ruang dapur dan terdapat kesan tembakan di leher kirinya,” katanya.

Selaras senapang patah turut ditemui berhampiran mayat lelaki terbabit.

Isteri lelaki terbabit berusia 67 tahun yang juga merupakan pesara Jabatan Perhutanan Pahang ditemui terbaring berhampiran suaminya dalam keadaan cedera parah akibat ditembak di bahagian belakang rusuk kiri .

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital Jerantut dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan.

Mayat kedua-dua mangsa kini ditempatkan di hospital Jerantut untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

Berita Berkaitan

ByBernama-

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-