Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut hadir pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di sini malam ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Tuntutan tambahan kerusi Parlimen Sarawak untuk pastikan kepentingan wilayah ini dilindungi – Abang Johari

ByMadeline Dugat

BINTULU, 16 Sept : Sarawak dan Sabah perlu memastikan hak dan keistimewaannya sentiasa dilindungi di Parlimen, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, suatu ketika dahulu,dua wilayah ini tidak diberi peluang untuk menyuarakan kebimbangan mengenai hak mereka sedangkan pada hakikatnya Sarawak dan Sabah turut menjadi bahagian yang membentuk Malaysia berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Kata beliau, keadaan itu kini mula berubah apabila ruang perbincangan sebagai sebuah keluarga mengenai MA63 sudah dibuka.

“Alhamdulillah, malah telah ditubuhkan sebuah kementerian yang khusus untuk melihat dan memperbetulkan kepincangan mengenai perlaksanaan MA63 seperti yang diinginkan oleh rakyat Sarawak dan Sabah.

“Pada minggu lalu telah diadakan mesyuarat mengenai MA63 yang antara lain berbincang mengenai komposisi ahli Parlimen bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan matlamat untuk memastikan wujud keseimbangan.

“Dari segi jumlah kerusi Parlimen, Sarawak dan Sabah seharusnya mempunyai 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di sini malam ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang merupakan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah serta Menteri Bertanggungjawab ke atas Perayaan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2022.



Ruang udara Bintulu malam ini bergemerlapan dengan warna-warni bunga api sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeru Sarawak 2022 di sini. Foto Fiqri Razak (TVS).

Meneruskan ketegasan tentang hak Sarawak yang seharusnya dilindungi, Abang Johari berkata, langkah itu bagi memastikan tidak ada pemimpin di peringkat pusat menguasai Sarawak sehingga merugikan wilayah ini.

“Sebahagian daripada hak kita telah terhakis dalam tempoh 59 tahun yang lalu kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk membantah secara berkesan di Parlimen terhadap undang-undang yang sama ada secara tidak sengaja atau sengaja digubal untuk melanggar hak kita.

“Kita hanya mahu hak dikembalikan sahaja, tidak lebih tidak kurang,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, Abang Johari berkata, ketika ini terdapat ketidakseimbangan di Parlimen kerana Sarawak dan Sabah hanya mempunyai sejumlah 56 kerusi atau 25 peratus daripada jumlah keseluruhan 222.

“Walaupun populasi Sarawak kecil, saya percaya ianya (menambah kerusi Parlimen di Sarawak) boleh dilakukan dan tidak semata-mata berdasarkan saiz penduduk kerana mengikut sistem Westminster yang kita ikuti dari United Kingdom menunjukkan di sana perwakilan parlimen tidak berdasarkan populasi tetapi juga pada saiz kerusi tertentu.

“Sekiranya kerusi dianggap hanya berdasarkan populasi, maka tempat terpencil dengan penduduk yang berselerak seperti Ulu Baram, Belaga dan Ulu Rajang tidak akan layak diwakili (oleh Ahli Parlimen),” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan