Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program berbasikal Unity Ride Hari Malaysia 2022 yang berlangsung pagi ini meriah apabila disertai lebih 700 peserta dari seluruh Sarawak. Foto Fiqri Razak (TVS)

Lebih 700 sertai program berbasikal Unity Ride Hari Malaysia 2022 di Bintulu

ByMadeline Dugat

BINTULU, 16 Sept : Program berbasikal Unity Ride Hari Malaysia 2022 yang berlangsung pagi ini meriah apabila disertai lebih 700 peserta dari seluruh Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan II Sarawak,Dato Henry Harry Jinep yang hadir melepaskan peserta berkata, semangat perpaduan jelas terpancar pada wajah pengayuh basikal pelbagai bangsa.

“Saya gembira kerana berpeluang menyertai acara ini sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak.

“Inilah semangat patriotik di Bintulu yang menjadi tuan rumah sambutan tahun ini,”katanya.

Turut menyertai kayuhan sepanjang 20 kilometer (km) ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS, Datuk Abdullah Saidol.

Selain itu turut hadir, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan II (Pembangunan Pelabuhan) Dato Majang Renggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Talip Zulpilip dan Setiausaha Kerajaan Sarawak , Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki

Terdahulu peserta juga terlibat dengan aktiviti senaman regangan Keluarga Malaysia.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan