Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah, ACP Jasmin Hussin berkata, setakat ini pihaknya telah membuat tangkapan seramai empat suspek warga tempatan berumur 22 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Foto IPD Tawau

Polis cari empat lelaki bantu siasatan kes bunuh

TAWAU, 15 Sept: Empat lelaki kini sedang dikesan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati dengan kesan tikaman di Jalan Merdeka, Fajar pada Selasa.

Ketua Polis Daerah, ACP Jasmin Hussin berkata, setakat ini pihaknya telah membuat tangkapan seramai empat suspek warga tempatan berumur 22 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, empat lelaki yang sedang dikesan itu masing-masing dikenali sebagai Mohamad Johari Rahman (Jojo), Mohammad Zulkifli Rahman (Jul), Mazlee Asan (Yaszil) dan seorang lagi yang belum dikenalpasti identitinya.

“Orang awam yang mengetahui keberadaan keempat-empat suspek berkenaan boleh melaporkan ke balai polis berdekatan,” katanya ketika sidang media di IPD Tawau, hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > Lelaki ditemukan mati, dipercayai ditikam

Terdahulu pada pagi Selasa, pihak polis telah menerima maklumat dari orang awam berkaitan seorang lelaki ditemukan tertiarap berlumuran darah di kawasan tersebut.

Difahamkan berlaku pergaduhan dan perselisihan faham antara mangsa dan kesemua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan