Bencana alam yang kerap berlaku dalam fasa monsun timur laut itu, bukan sahaja mengancam keselamatan tetapi juga boleh mengakibatkan mangsa terperangkap dan terputus bekalan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan Pertahanan Awam, Shahrol Azizi Zaidi, berkata, penduduk perlu mendapat maklumat terkini dan sentiasa peka terhadap amaran banjir melalui hebahan media mahupun agensi yang berkaitan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selesai latihan pengendalian bot APM di Sungai Sarikei hari ini.
“Untuk Sarikei, kawasan –kawasan berisiko banjir iaitu seperti di Ulu Sarikei sendiri, di Julau dan juga di Pakan, dan itulah kawasan-kawasan yang berisiko untuk banjir yang lama iaitu kita lebih kenal dengan nama banjir termenung.
“Ada juga ada beberapa kawasan yang kita kategorikan sebagai banjir kilat, seperti di kawasan Sarikei iaitu kebanyakannya terjadi di kawasan Bintangor dan juga di kawasan tebingan Sungai Sarikei,” katanya.
Shahrol berkata, persediaan menghadapi bencana alam itu amat penting kerana mampu menjamin keselamatan harta benda dan nyawa.
Malah katanya, langkah keselamatan itu amat penting bagi memastikan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir dapat diselamatkan dengan kadar yang segera.
Pada masa yang sama katanya, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarikei sudah bersedia untuk ditugaskan di mana-mana saja bagi membantu penduduk yang terjejas.
“Bagi maklum balas kes di kawasan ulu Sarikei, kita sedia menurunkan anggota di kawasan yang mudah banjir di Sarikei iaitu di kawasan hulu-hulu.
“Kita juga ada anggota yang kita tugaskan di kawasan-kawasan rumah panjang di mana anggota tersebut merupakan anggota penduduk asal rumah panjang di kawasan tersebut, seperti di Julau dan juga di kawasan Pakan,” katanya lagi. – TVS
Berita Berkaitan

Warga emas maut dirempuh kereta di Pan Borneo



Remaja lemas ketika mandi di air terjun Wong Ruan
TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.
Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122
Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment
Telegram: @tvsarawak
TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment
X: @tvsarawak
YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment
WhatsApp: TVS