KUCHING, 15 Sept : Atlet wushu, Yong Arifah Khairul Kok berjaya menyumbang pingat pertama kontinjen Sarawak pada Sukan Malaysia ke-20 (SUKMA) Kuala Lumpur, semalam.
Atlet berusia 23 tahun itu yang beraksi dalam acara taijijian wanita itu mengumpul 9.58 mata untuk pingat gangsa.
Aksi di Gimnasium 2, Bukit Jalil itu menyaksikan wakil Melaka, Sydney Chin Sy Xuan meraih emas dengan kutipan 9.64 mata.
Peserta Selangor, Mandy Cebelle Chen pula membawa pulang pingat perak selepas mencatatkan 9.62 mata. -TVS