Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan perbincangan dengan syarikat Australia berkaitan potensi pelaburan di negeri ini.

Syarikat Australia lihat Sarawak sebagai destinasi pelaburan ideal

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Sept: Sarawak dilihat memiliki potensi sebagai destinasi pelaburan terbaik bagi sektor pengeluaran mangan sulfat berketulenan tinggi.

Ini dibuktikan menerusi minat ditunjukkan Element 25 yang merupakan syarikat berasal dari Australia yang hadir mengadakan perbincangan lanjut dengan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sebelum ini, Element 25 dilaporkan berminat untuk mengeluarkan mangan sulfat untuk pembuatan bateri ion litium dan menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) Dzulkornain Masron dan pegawai kanan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak, wakil Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Sarawak Energy Berhad (SEB), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pelabuhan Samalaju.

Sarawak kini menarik minat kepada sektor kenderaan elektrik (EV) dengan terdapatnya kilang pengeluaran ‘copperfoil’ (kerajang tembaga) yang beroperasi di Kuching.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan