Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 200 jenama akan dijual di pameran HOMElove Home & Living Exhibition akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, dari 15 hingga 18 September ini. Foto: HOMElove
Lebih 200 jenama akan ditawarkan di pameran HOMElove Home & Living Exhibition yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), dari 15 hingga 18 September. Foto: HOMElove

Lebih 200 jenama di pameran HOMElove Home & Living Exhibition di BCCK minggu ini

ByNurul Amarlina

KUCHING, 13 Sept : Lebih 200 jenama akan ditawarkan di pameran HOMElove Home & Living Exhibition yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, dari 15 hingga 18 September ini.

Menurut kenyataan HOMElove Home & Living Exhibition, pameran yang diadakan selama empat hari dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam itu akan mempamerkan barangan pengubahsuaian dan hiasan kediaman.

“Daripada perhiasan ringkas kepada perabot yang canggih, daripada peralatan memasak yang asas kepada yang serba canggih, daripada rak pakaian kepada almari, atau jubin dan penapis air, HOMElove pastinya destinasi pilihan bagi setiap pemilik rumah,” jelas kenyataan itu.

Pameran ini dibahagikan secara sistematik kepada beberapa kategori, iaitu Perabot; Tilam, Set Bilik Tidur dan Produk Peralatan Tempat Tidur; Sistem Keselamatan Rumah, Rumah Pintar dan Suis; Pintu dan Jeriji, Tingkap dan Pintu; Konsultasi Kabinet Dapur, Almari Pakaian dan Reka Bentuk Dalaman; Peralatan Visual Audio dan Rumah; Peralatan Dapur serta Penapisan Air dan Pemanas Suria.

Para pelawat boleh mendaftar diri untuk berpeluang memenangi hadiah misteri dan juga sepasang bantal Urut Getha bernilai RM578.

Selain itu, para pembeli yang berbelanja minimum RM1,000 berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah, seperti hamper Mesin Kopi Blackbixon bernilai RM915, pemasak HOB Vatti Standard Kitchen bernilai RM1,129, periuk Wonderchef Magic Pot 20cm bernilai RM748, periuk Wonderchef Magic Pot 22cm bernilai RM848, periuk Wonderchef Magic Pot 32cm bernilai RM898, dan periuk Wonderchef Magic Quick Cooker 8L bernilai RM1,458.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai peraduan Tag, Kongsi & Menang di Facebook untuk berpeluang memenangi Mosh Toaster tajaan T & O Eastmall (bernilai RM349).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HOMElove atau Facebook rasmi HOMElove. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan