Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak sebagai negeri penyumbang tertinggi dengan 42 peratus atau 7.7 juta hektar daripada keseluruhan liputan hutan negara, sememang nya terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti dari aspek flora dan fauna.

Kerjasama ekspedisi saintifik HOB tingkatkan pencarian spesis unik dan kajian flora dan fauna kepulauan Borneo

ByNurul Amarlina

MIRI, 13 Sept : Sarawak sebagai negeri penyumbang tertinggi dengan 42 peratus atau 7.7 juta hektar daripada keseluruhan liputan hutan negara, sememang nya terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti dari aspek flora dan fauna.

Seiring dengan hasrat untuk mencapai tahap kelestarian alam sekitar dan negeri hijau, Jabatan Hutan Sarawak telah melancarkan ekspedisi saintifik Heart Of Borneo (HOB) Gerenai – Long Mekaba bagi meneroka dan mengkaji spesis unik yang ada di Sarawak dengan tema “Exploring the Hitherland of North-eastern of Sarawak yang bermula hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Hutan Sarawak, Runi Anak Sylvester Pungga, ekspedisi ini akan membantu bukan sahaja penyelidik tetapi juga pihak kerajaan untuk mengambil tindakan yang diperlukan dalam usaha memelihara flora dan fauna yang belum ditemui pada masa akan datang.

“Selalunya kita akan menjumpai spesis flora dan fauna yang terbaharu ataupun kita panggil ‘new record’ iaitu bukan sahaja flora dan fauna, contohnya haiwan seperti burung. Ada juga mereka kata tidak pernah ada di tempat tersebut, tetapi masa ekspedisi ada.

“Jadi itulah yang menarik minat semua para penyelidik untuk mengkaji spesis-spesis yang belum ditemui. Jadi dengan ekspedisi ini yang terdiri daripada pelbagai penyelidikan dan ini merupakan salah satu faedah untuk negeri ini,” katanya.

Bukan sahaja flora dan fauna, malah ekspedisi ini akan meneliti dari aspek sosial dan komuniti yang hidup di kawasan kajian tersebut.

“Di bawah Heart of Borneo (HOB), iaitu adalah persefahaman antara tiga negara Indonesia, Malaysia dan juga Brunei. Sabah juga ada menjalankan ekspedisi di bawah projek HOB, jadi kita juga dijemput sebagai peserta. Tetapi kebanyakan ekspedisi yang dijalankan dia lebih tertumpu kepada Sarawak.

Dahulu juga Indonesia ada menjalankan ekspedisi, jadi kita akan menghantar peserta ke sana, tetapi ia lebih kepada Sarawak kerana Sarawak ini mempunyai banyak tempat yang kita ingin jelajahi,” tambahnya.

Seramai 129 peserta dari pelbagai agensi dan institusi penyelidikan dari Malaysia dan Brunei menyertai ekspedisi pada kali ini menuju ke Gerenai – Long Mekaba yang mengambil masa 6 ke 7 jam perjalanan dan akan berada di sana selama 2 minggu.

Program Flag Off Ekspedisi Saintifik HOB Gerenai – Long Mekaba, Miri telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan di sini, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan