Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Ronnie Boniface Nugi. Foto TVS.

Dua pertiga persatuan belia di Sarawak aktif laksana aktiviti

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 Sept : Laporan menunjukan dua pertiga persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak aktif melaksanakan pelbagai aktiviti.

Timbalan Pengarahnya, Ronnie Boniface Nugi berkata, selebihnya dipercayai tidak aktif kerana gagal menghantar sebarang laporan aktiviti kepada pihaknya.

Katanya di Sarawak, terdapat lebih 1,000 persatuan belia yang berdaftar.

“Persatuan belia tidak aktif merujuk kepada yang mengadakan aktiviti namun tidak pernah menghantar laporan.

“Terdapat juga persatuan yang langsung tidak aktif apabila hanya mendaftar dengan Jabatan Belia dan Sukan namun tidak pernah menganjurkan sebarang aktiviti,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu.

Sementara itu, Ronnie Boniface memberitahu, pihaknya akan melaksanakan beberapa program untuk memberi pendedahan terbaik berkenaan dengan tadbir urus bagi sesebuah pertubuhan atau persatuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan