Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu hadir Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini. Foto TVS.

Sarawak rancang pembinaan litar lumba di Kuching

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 Sept : Kementerian Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merancang untuk membina litar perlumbaan motosikal dan kereta di sini.

Timbalan Menterinya, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, usaha itu bertujuan untuk mengelak berlaku gejala tidak sihat di kalangan belia di negeri ini selain mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Sarawak rancang pembinaan litar lumba di Kuching

“Sebenarnya menjadi cabaran besar kepada kementerian untuk menyediakan litar di setiap kawasan.

“Di Miri kita sudah mempunyai Litar Go Kart dan motosikal, oleh itu di Kuching,kerajaan negeri juga mahu membina kemudahan serupa,”katanya.

Gerald Rentap berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Hasrat berkenaan kata beliau memerlukan perancangan teliti termasuk mahu menggalakkan penubuhan kelab tertentu untuk menggalakkan aktiviti sukan permotoran itu.

“Ketika ini tempat letak kereta di belakang Stadium Negeri Sarawak digunakan sebagai litar sementara untuk peminat sukan tempatan,”katanya.

Mengenai majlis itu, Gerald Rentap menaruh harapan agar ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para perwakilan sebagai landasan untuk menyampaikan suara dan cadangan belia kepada kerajaan.

“Ini untuk memastikan belia Sarawak terus maju dan terpelihara kerana pembangunan yang holistik mampu menyerlahkan mereka.

“Usaha ini merupakan satu kompenen yang penting dalam memacu agenda Sarawak untuk mencapai status negeri maju pada 2030,”katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan