Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Legenda Raja Rock Malaysia/Singapura Datuk Ramli Sarip bakal mengadakan konsert jelajah sulungnya di Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’Adzam Shah di sini pada 20 November 2022.

Konsert Jelajah Ramli Sarip di Kuching November ini

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 Sept : Legenda Raja Rock Malaysia/Singapura Datuk Ramli Sarip bakal mengadakan konsert jelajah sulungnya di Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’Adzam Shah di sini pada 20 November 2022.

Menurut penyanyi ‘Bukan Kerana Nama’ berusia 70 tahun itu konsert yang julung kalinya diadakan di negeri ini bermatlamat untuk mengutip derma bagi tujuan kebajikan.

“Ini akan saya abadikan dalam sejarah perjalanan seni saya lebih kurang 50 tahun ini.

“Dan dalam jelajah ini banyak perkara yang ingin kami sentuh dan kami ingin kongsi bersama.

“Sepanjang pandemik sampai ke peralihan endemik saya tidak nafikan bahawa Sarawak antara negeri yang menjadi kegemaran saya untuk beriadah, melancong dan membuat persembahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Konsert Jelajah Ramli Sarip ‘Cinta Di Sebalik Musim’ di sini, hari ini.

https://youtu.be/jg-1ZN2yKVo
Konsert jelajah Ramli Sarip di Kuching November ini

Menurut legenda muzik nusantara itu lagi, penonton juga akan dihiburkan menerusi lagu-lagu yang berbentuk ketuhanan, kehidupan dan juga kemasyarakatan yang menjurus kepada kesatuan dan perpaduan masyarakat yang sesuai dengan pelbagai peringkat usia.

Jelasnya konsert tersebut dijangka berlangsung hampir dua jam dan turut bergantung kepada permintaan peminat.

“Bagi saya dalam persembahan saya tidak pernah berkira sebab saya pernah buat persembahan sampai tiga jam setengah, dan untuk malam itu nanti insyaAllah saya jangkakan dalam tempoh satu jam 45 minit atau lebih.” jelasnya.

Konsert anjuran Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama Rasa Karya Sdn Bhd itu menawarkan harga tiket bermula dari RM2,000 sehingga RM12,000 (satu meja 10 orang) dengan 84 buah meja dibuka untuk tempahan.

Maklumat tiket jelajah Datuk Ramli Sarip di Kuching, Sarawak pada 20 November 2022

Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan urusetia konsert seperti berikut:

KHURNIA: 0128189108
AIN: 0145970664
SYUHAIDA: 01133912240
ERIN: 0197253842
SYAREEN: 0165222416
HAFIZ: 0178563958
DEWI: 0183835092
SYAHMINA: 0146912747

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan