Beliau berkata, peningkatan eksport itu juga merupakan perancangan dan sasaran kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak di antara negeri pengeksport terbesar produk makanan pada 2030.
Sasaran itu jelas beliau, mampu dicapai dengan kerjasama kementeriannya melalui Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) bersama Sea Horse Corporation Sdn Bhd bagi meningkatkan pengeluaran udang.
Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis menandatangani perjanjian untuk projek ternakan udang Rambungan Aqualife Sdn Bhd di antara PPNS dan Sea Horse Corporation Sdn Bhd di sini.
Menurutnya, melalui kerjasama itu kerajaan akan membantu dari segi penyediaan infrastruktur manakala pihak Sea Horse pula menyumbang kepakaran dari segi penternakan.
“Setakat ini, nilai eksport udang Sea Horse telah mencapai RM100 juta dan dalam usaha kerajaan untuk mencapai sasaran RM1 bilion, sebanyak 7,000 hektar tanah diperlukan bagi pembinaan kolam ternakan.
“Kita akan sentiasa memantau usaha sama ini supaya dapat dijayakan mengikut apa yang telah dirancangkan,” katanya. -TVS