Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah (tengah) bergambar bersama peniaga disalah sebuah gerai yang lawati. Foto: TVS

Sarawak negeri contoh toleransi kaum terus diamalkan – Fatimah

KUCHING, 7 Sept : Penyertaan masyarakat berbilang kaum dalam aktiviti yang dianjurkan di sini menunjukkan Sarawak sebagai negeri contoh dalam mengamalkan toleransi kaum yang baik.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penganjuran Festival Kek Bulan yang disertai peniaga dan pengunjung berbilang kaum dan agama juga menguatkan lagi hujah berkenaan.

“Festival seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan sifat toleransi masyarakat berbilang kaum tetapi juga mampu meningkatkan perpaduan dan kesefahaman di kalangan masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kuching Inter Cultural Mooncake Festival 2022 yang berlangsung sehingga 10 September ini di Jalan Carpenter.

Yang turut hadir, Pengerusi Kuching Old Market Community Association yang juga pengerusi festival berkenaan, Lim Chua Chan.

Ujar Fatimah, beliau berbangga dengan usaha menganjurkan festival berkenaan yang berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan.

“Saya lihat peniaga berbilang bangsa dan agama berniaga sebelah menyebelah serta pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan festival ini.

“Tidak ada negeri lain yang mengamalkan toleransi seperti ini kecuali di Sarawak,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan