Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada JunĀ 2022.
Beliau berlepas dari Singapura dengan pesawat komersial dan disambut oleh Ketua Protokol Kementerian Luar Mohd Aini Atan,Ā Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan MalaysiaĀ Datuk Rozainor Ramli dan Pesuruhjaya TinggiĀ Singapura ke MalaysiaĀ Vanu Gopala Menon sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Wong menerima tabik hormat di Balai Ketibaan KLIA sebelum memeriksa kawalan kehormat oleh 32 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Semasa lawatannya ke Malaysia, WongĀ dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riāayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Antara lain beliau turut dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri MalaysiaĀ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bertemu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Gabenor Bank Negara TanĀ Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan yang terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan RM267.11 bilion pada 2021, meningkat sebanyak 25.2 peratus berbanding nilai direkodkan pada 2020. -TVS