Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof hadir pada Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat WPC 04 Jajaran Pantu -Batang Skrang Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sri Aman di sini hari ini. Foto TVS.

Peruntukan tambahan diperlukan untuk siapkan Jalan E-Mart Matang-Stapok

SRI AMAN 4 Sept : Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan memohon peruntukan tambahan kepada Kerajaan Sarawak bagi menyiapkan projek pembesaran jalan di Bulatan Emart Matang ke Stapok.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini kerana peruntukan sedia ada tidak mencukupi untuk menyiapkan keseluruhan projek berkenaan.

Kata beliau, peningkatan kos berlaku disebabkan proses tender semula projek itu susulan tindakan JKR Sarawak menamatkan kontrak kontraktor asal yang gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual.

“Ketika ini pendekatan yang boleh diambil ialah sama ada kita menggunakan peruntukan sedia ada bagi menyiapkan projek itu.

“JKR Sarawak juga akan meminta peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri supaya keseluruhan jalan di situ dapat disiapkan mengikut pelan asal,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Persimpangan Bertingkat WPC 04 Jajaran Pantu – Batang Skrang, Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sri Aman di sini hari ini.

Tambah Fadillah, beliau berharap agar ‘bantuan’ yang diberikan Kerajaan Sarawak kelak akan membolehkan JKR negeri menyambung projek berkenaan segera.

“Sudah pasti juga kita (JKR Sarawak) berharap agar kerajaan negeri dapat meluluskan peruntukan tambahan itu bagi menampung kos tambahan projek susulan kenaikan harga bahan binaan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan