Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka akan menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada keseluruhan populasi negara. - Foto: TVS

PAWE komited kepada penuaan sihat

MIRI, 4 Sept : Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka akan menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada keseluruhan populasi negara.

Mengambil kira perkara ini, kerajaan Sarawak telah memberikan komitmen dan mengambil langkah awal untuk mengurangkan beban penuaan dan mengurangkan penyakit pada usia senja dengan mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

“Yang penting ialah bila kerajaan menyediakan satu tempat, iaitu aktiviti untuk warga emas, ia memberi peluang dan saluran kepada ahli-ahli untuk datang ke sini, dan rakan-rakan yang ada di sini macam ahli keluarga.

“Kita ada ahli keluarga secara biologi, dan yang ini, walaupun bukan saudara-mara dari segi darah daging, tetapi ia merupakan keluarga yang juga sangat penting, dan saya percaya kepada kita sebagai ahli PAWE,” katanya.

Fatimah menambah, penuaan yang sihat dari segi fizikal serta mental adalah penting.

Justeru, ujarnya, PAWE memberi peluang dan kemudahan baut ahli-ahlinya untuk mengadakan program dan aktiviti sihat yang bersifat keagamaan dan rekreasi.

“Jadi ia memberi peluang. PAWE ini Pusat Aktiviti Warga Emas yang memberi peluang kepada ahli-ahli melalui usia warga emas, iaitu penuaan yang sihat ini bukan sahaja sihat fizikal tetapi juga sihat secara mental.

“Jika anda seorang diri di rumah, satu daripada perkara-perkara yang boleh berlaku ialah depresi, dan ini seperti kemurungan, dan kemudian berasa sunyi.

“Jadi dengan adanya PAWE ini, kita berharap ia dapat menghilangkan kesunyian yang juga dapat membunuh,” katanya lagi.

Fatimah berkata demikian semasa lawatannya ke PAWE Miri pada Sabtu.

PAWE ditubuhkan sebagai tempat warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti dan merupakan perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan buat warga emas, yang melibatkan kerjasama strategik antara kementerian dengan agensi kerajaan lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hingga kini terdapat 13 PAWE di seluruh Sarawak, dengan jumlah ahli keseluruhan seramai 18,762 orang setakat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan