Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Komander ESSCOM, DCP Hamzah Ahmad berkata, pihaknya telah melakukan Operasi Gasak Laut di ESSzone yang disertai 375 pegawai dan anggota pelbagai agensi bagi membendung penyalahgunaan bot pam. Foto: ESSCOM
Polis menyita sebanyak 69 bot kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002, kata Deputi Komisioner Polis (DCP) Hamzah Ahmad.

69 bot pam disita di ESSzone

LAHAD DATU, 3 Sept : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) komited membanteras penggunaan bot pam haram yang masih dikesan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone).

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Polis (DCP) Hamzah Ahmad berkata, pihaknya telah melakukan Operasi Gasak Laut di ESSzone yang disertai 375 pegawai dan anggota pelbagai agensi bagi membendung penyalahgunaan bot pam.

Menurutnya, berdasarkan rekod, bot pam sering digunakan penjenayah rentas sempadan melakukan aktiviti penculikan, rompakan, penyeludupan dan pengeboman ikan di perairan ESSZone.

“Dalam operasi ini sebanyak 88 buah bot pam milik warga tempatan dan asing telah diperiksa.

“Sebanyak 69 bot disita kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002,” katanya menerusi kenyataan.

Hamzah berkata, dalam operasi itu juga seramai 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dan Filipina ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, ESSCOM akan terus melakukan operasi dan menyeru masyarakat berkongsi maklumat berkaitan keselamatan di ESSzone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089- 863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan