Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
“Ini merupakan salah satu kebaikan untuk Sarawak bagi memastikan kelestarian di Sarawak ini terutama di kawasan-kawasan pedalaman." - Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Doktor Ismuni Bohari

Teknologi ultrabunyi mampu tingkatkan kompetensi doktor di pedalaman Sarawak

KUCHING, 4 Sept: Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Doktor Ismuni Bohari berkata, dengan adanya inovasi teknologi ultrabunyi, ia dapat meningkatkan kompetensi para doktor di kawasan pedalaman Sarawak.

“Ini merupakan salah satu kebaikan untuk Sarawak bagi memastikan kelestarian di Sarawak ini terutama di kawasan-kawasan pedalaman untuk mempertingkatkan kompetensi doktor di pedalaman supaya perkhidmatan kesihatan boleh dipertingkatkan di mana sahaja.

“Kita di Kementerian Kesihatan (KKM) sedaya upaya memberi perkhidmatan yang terbaik di mana sahaja kita berada,” katanya ketika ditemui media di perasmian MAXIMUSS (Master And Explore In Imaging Medical Ultrasonography Skill) di Auditorium Utama Hospital Umum Kuching, Sarawak semalam.

Tambah Ismuni, inovasi seperti ini juga harus dikongsi demi kebaikan bersama.

“Melihat kepada inovasi-inovasi seperti ini perlu untuk dikongsikan bersama dan kami sangat menggalakkan semua kakitangan untuk memperoleh sesuatu melalui perkongsian seperti ini,” ujarnya.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan