Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh. Foto: TVS

TEGAS anjur Malaysia Community Hub secara hibrid di Brisbane

ByElani Rosllan

KUCHING, 3 Sept : Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) akan menganjurkan program Malaysia Community Hub secara hibrid di Brisbane, Australia pada 28 dan 29 September ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, acara global yang menghimpunkan pemain utama dalam sektor perusahaan sosial ini merupakan kerjasama dengan Social Enterprise World Forum (SEWF) 2022.

“Program SEWF Malaysia Community Hub yang berlangsung sejak Ogos sehingga September ini merupakan platform terbaik untuk mempamerkan dan mempromosi perusahaan sosial tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Acara ini juga dapat membantu dalam usaha kita untuk beralih ke ekonomi baharu berimpak tinggi,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Len Talif yang juga Pengerusi TREGAS, antara tema yang akan diberi tumpuan pada tahun ini adalah perusahaan sosial orang asli, penyelesaian iklim, dasar dan sistem.

“Di bawah tema perusahaan sosial orang asli, TEGAS akan menganjurkan satu sesi sembang ‘Pemerkasaan Komuniti melalui Perusahaan Sosial Orang Asli’ pada 28 September 2022 secara maya,” katanya.

Para peserta berpeluang untuk berkongsi pengalaman masing-masing menerusi sesi soal jawab bersama panel, networking secara bersemuka dan dalam talian serta menyertai pelbagai kelas induk.

Sepanjang penganjuran SEWF 2022, terdapat lebih 30 hab komuniti di seluruh dunia dan TEGAS Digital Village adalah salah satu daripadanya.

Baru-baru ini, TEGAS juga telah menganjurkan program Techstars Startup Weekend: Food Security bertempat di TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu pada 26 hingga 28 Ogos lepas. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan