Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan memaklumkan jangkitan virus Zika dibawa oleh nyamuk Aedes, sama seperti denggi. Gambar hiasan.

Singapura lapor satu kes Zika pada Ogos 2022

ByBernama

SINGAPURA, 3 Sept : Singapura melaporkan satu kes baharu Zika pada penghujung Ogos 2022, menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menerusi laman sesawangnya.

Bagaimanapun tiada kluster zika yang aktif setakat 2 Sept 2022, menurut agensi itu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan kes Zika berkenaan adalah yang pertama sejak Mac 2020.

Kementerian Kesihatan memaklumkan jangkitan virus Zika dibawa oleh nyamuk Aedes, sama seperti denggi.

“Walaupun keadaan seperti ini jarang berlaku, komplikasi neurologi yang serius dan keabnormalan janin dapat dikaitkan dengan jangkitan virus Zika.

“Tiada vaksin atau ubat anti-viral khusus melawan penyakit itu setakat ini” memetik laman sesawang kementerian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia memaklumkan, secara amnya pesakit mungkin mengalami gejala ringan termasuk demam, ruam, konjunktivitis, sakit otot dan sendi, lesu atau sakit kepala.

Gejala biasanya berlanjutan selama 2-7 hari.

Kebanyakan individu yang dijangkiti virus Zika tidak mengalami gejala serius. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan