Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat dan Tima Jonas selaku Pengerusi PERKEP IPD Dalat bersama pegawai, anggota polis, pegawai awam serta ahli PERKEP IPD Dalat. Foto: IPD Dalat
Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat dan Tima Jonas selaku Pengerusi PERKEP IPD Dalat bersama pegawai, anggota polis, pegawai awam serta ahli PERKEP IPD Dalat. Foto: IPD Dalat

IPD Dalat serah sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah Panjang Jungan Tamin

TAMIN, 2 Sept : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dalat tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Panjang Jungan Tamin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Saga Chunggat berkata, sumbangan berupa barangan makanan, pakaian dan peralatan elektrik itu diserahkan di Gereja Maria Indai Ukaristia yang menjadi tempat penempatan sementara kesemua mangsa terlibat.

Katanya, IPD itu bekerjasama dengan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di situ bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

“Pada masa sama, saya turut mewakili Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri menghulurkan sumbangan dan turut menyatakan rasa simpati Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak kepada mangsa,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Yang turut hadir, Penghulu Andrewson Ngalai dan Ketua-ketua masyarakat sekitar.

Saga berkata, sumbangan yang dihulurkan itu juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial polis terhadap masyarakat yang memerlukan.

Pada 23 Ogos lalu, sebanyak 32 pintu Rumah Panjang Jungan Tamin musnah dalam kebakaran itu serta menyebabkan 172 orang penduduk hilang tempat berteduh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan