Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Royston merakamkan foto bersama-sama warga Politeknik Mukah dan peserta. Foto: TVS
Royston merakamkan foto bersama-sama warga Politeknik Mukah dan peserta. Foto: TVS

Peta Mukah atas talian akan rangsang ekonomi dan tingkatkan literasi digital penduduk

MUKAH, 2 Sept : Mukah tidak seharusnya ketinggalan dalam mempraktikkan penggunaan konsep peta atas talian yang kini menjadi suatu keperluan untuk masyarakat mencari lokasi atau untuk bantuan navigasi ke tempat yang ingin dituju.

Adun Tellian, Royston Valentine mengakui bahawa selari dengan kemajuan teknologi semasa, katanya bahagian Mukah tidak boleh ketinggalan dalam kandungan pemetaan dalam talian pada era digital kini.

“Bahkan ia juga merupakan elemen penting bagi gaya hidup kini dan perniagaan digital.

“Contohnya, para peniaga dan pemain industri pelancongan di Mukah akan lebih mudah dihubungi dan pelanggan dapat dibantu ke lokasi atau premis perniagaan mereka dengan lebih cepat dan tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Khidmat Masyarakat (Niche Area) : Literasi ICT Komuniti Melalui Latihan Aplikasi Pemetaan Digital, Anjuran Politeknik Mukah (PMU) di sini hari ini.

Dalam program tersebut seramai lebih 70 orang belia yang berasal dari Parlimen Mukah diberi latihan dan tunjuk ajar tentang kemahiran dalam mengemaskini data peta digital khususnya di Bahagian Mukah melalui laman web dan aplikasi HERE WeGo.

Rosyton turut yakin melalui program tersebut, ia akan membantu meningkatkan pendidikan dan pembangunan diri belia sebagai agen dalam dunia digital yang mempunyai kemahiran dan literasi media digital.

“Program ini akan menjadi wadah tambahan dalam akses dan keghairahan masyarakat muda atau golongan belia dalam persekitaran digital.

“Peserta program ini akan berpeluang mengalami keseronokan dalam mengemaskini informasi persekitaran terus ke peta dalam talian dan boleh menambah atau mengemas kini jalan, laluan, tempat dan premis untuk memberikan ketepatan kepada peta dalam talian melalui platform yang disediakan oleh pihak HERE Technologies,” jelasnya lagi.

Beliau percaya program tersebut akan meletakkan PMU sebagai pusat kecemerlangan TVET dan pengembangan ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan pembangunan kemahiran teknologi.

Pengarah PMU Dr. Zamzam Mohd Walid pula berkata PMU bersama dengan pemain industi dalam kandungan pemetaan digital global, iaitu HERE Technologies, merasa bertanggungjawab untuk tampil melaksanakan program khidmat masyarakat kepada komuniti setempat melalui program tersebut.

“Sebagai sebuah institusi TVET yang unggul, PMU sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak industri, bukan sahaja untuk kepentingan pendidikan para pelajar tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” ujarnya

Turut hadir Pegawai Analisis Komuniti, HERE Malaysia Sdn. Bhd Ronny Allen Mile dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah Mohammad Arbi Rosli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan