Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Azalina Othman Said. Foto: Bernama

Azalina hantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) bertarikh 29 Ogos lepas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima peletakan jawatan itu.

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 Sept hingga tamat notis pada akhir September,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Azalina dilantik ke jawatan itu pada 2 Okt 2021. Sebelum itu pada 23 Ogos tahun sama, beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan