SEBUYAU, 31 Ogos : Lima buah gerai di pekan ini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 4.49 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kebakaran membabitkan empat gerai makanan dan sebuah khemah menjual pakaian yang musnah 100 peratus.
Menurut PGO, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan empat Pasukan Sukarela Bomba (PBS) bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
āDalam usaha mengawal kebakaran, pasukan BBP Simunjan membentangkan satu hos pancutan sepanjang 200 kaki dan melakukan overhaul bagi memastikan tiada lagi punca api.
āTiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,ā jelas PGO menerusi kenyataan media hari ini.
Untuk rekod, kebakaran ini merupakan kali kes kebakaran kedua di Sebuyau pada bulan ini.
Pada 6 Ogos lepas, 10 lot kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 2 petang. -TVS