Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi utama Wings, Dato Awie, memaklumkan, persembahan berkenaan, yang turut disertai artis antarabangsa, merupakan antara pencapaian terbaik dilakar wings selama 37 tahun penglibatannya dalam industri muzik tanah air.

Wings bakal gegar pentas F1 Singapura September ini

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 30 Ogos: Kumpulan rock legenda tanah air, Wings, bakal mengembangkan sayapnya ke Singapura apabila kumpulan rock itu dijemput untuk membuat persembahan sempena pelancaran Formula Satu Grand Prix Singapura 2022 pada 30 September ini.

Penyanyi utama kumpulan tersebut, Dato Awie, memaklumkan, persembahan di acara yang bertaraf bertaraf antarabangsa dan turut disertai ramai artis antarabangsa lain itu merupakan antara pencapaian terbaik dilakar Wings selama 37 tahun penglibatan mereka dalam industri muzik tanah air.

“Wings untuk julung kalinya ke pentas antarabangsa di F1 Singapura yang mana kita akan bermain bermula jam 6 petang di sana bersama-sama dengan artis jemputan antarabangsa yang lain antaranya seperti Green Day, Marshmallow, Black Eyed Peas dan ramai lagi.

“Semuanya nama-nama besar di peringkat antarabangsa dan kita Wings merupakan artis pertama Asia Tenggara yang beraksi di pentas antarabangsa dalam Formula One,” katanya.

Awie berkata, Wings akan membuat persiapan yang rapi menerusi latihan harian untuk mempamerkan persembahan bertenaga dan memukau di hadapan ribuan penonton di Singapura nanti.

Awie berkata demikian pada sidang media khas selepas ‘Showcase Wings ; One Night Only Live’ di Kuching, Sabtu lepas.-TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan