Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi sensasi dari Indonesia Afgan akan membuat persembahan pada Kuching Jazz Festival 2022, di Hotel Grand Margherita pada 28 dan 29 Okt ini. Foto: TVS

Abdul Karim bangga sikap toleransi rakyat Sarawak, tidak kompromi isu sensitif

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 Ogos: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan mana-mana perkara yang menyentuh isu sensitif tidak akan dibenarkan dan tidak akan diketepikan dalam menilai penganjuran konsert melibatkan penyanyi antarabangsa.

Mengulas mengenai isu bantahan terhadap pelaksanaan konsert baru-baru ini, beliau berkata, Sarawak akan terus memberi penekanan dan berjaga-jaga dengan perkara yang bepotensi untuk menyinggung pihak lain.

“Apa sahaja acara yang kita anjurkan mempunyai batas seperti lokasi penganjuran konsert dan bagaimana persembahan tersebut dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Kuching Jazz 2022 di Tribes Jazz and Reggae Lounge, Hotel Grand Margherita di sini hari ini.

Jelas Abdul Karim, Sarawak tidak memiliki sebarang masalah untuk menganjurkan sebarang acara nyanyian kerana rakyat Sarawak memiliki sikap toleransi yang tinggi.

Penganjuran konsert juga katanya akan memberikan manfaat dalam pembangunan ekonomi Sarawak untuk menarik lebih ramai pelancong.

“Saya bangga kerana kita tidak terlalu sensitif sekiranya melibatkan perkara seperti ini dan dapat bertolak ansur,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan