Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pelitup muka 1

Murid sekolah di Peru dapat kelonggaran pakai pelitup muka

ByBernama

LIMA, 30 Ogos : Penggunaan pelitup muka menjadi pilihan mulai Isnin untuk pelajar sekolah di Peru, buat kali pertama sejak kelas bersemuka disambung semula pada akhir Mac, kata Xinhua.

Menurut dekri kerajaan yang dikeluarkan sehari sebelumnya, “penggunaan pelitup muka adalah pilihan untuk pelajar di institusi pendidikan, dengan memastikan pengudaraan yang terjamin, mengikut peraturan semasa”.

Pelitup muka masih diwajibkan untuk tenaga pengajar, kerana pihak berkuasa kesihatan berpendapat mereka tergolong dalam kumpulan yang terdedah di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Kelonggaran pemakaian pelitup untuk murid sekolah diumumkan pada 25 Ogos oleh Menteri Pendidikan Rosendo Serna yang bertujuan mengembalikan sekolah kepada normal, dan memudahkan komunikasi dan sosialisasi di kalangan kanak-kanak, tambah Serna.

Menurut beliau, keputusan untuk menggunakannya adalah terpulang kepada pelajar dan ibu bapa.

Kerajaan Peru melancarkan program vaksinasi untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun selepas kembali ke kelas secara bersemuka. Matlamatnya adalah untuk memberi imunisasi kepada 4,201,842 kanak-kanak dalam kumpulan umur itu, dengan 58.5 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan