Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengkaji keperluan memperbanyakkan taman didikan kanak-kanak (tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam bandar, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid. --foto fail TVS

KPLB kaji keperluan tingkat jumlah tadika KEMAS di bandar – Mahdzir

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Ogos: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengkaji keperluan memperbanyakkan taman didikan kanak-kanak (tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam bandar, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata bagi memperbanyakkan tadika KEMAS dalam bandar, ia memerlukan ramai kakitangan, dan penambahan tenaga kerja perlu dipohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Jumlah tadika KEMAS dalam bandar adalah kecil, dan keperluan untuk menambah itu ada permintaan tinggi, namun perkara itu perlu dikaji kerana memerlukan kakitangan,” katanya ketika ditanya sama ada KPLB bercadang membuka lebih banyak tadika di kawasan bandar ekoran yuran yang semakin meningkat di tadika swasta.

Mahdzir berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Mengenai semakan semula kadar biasiswa pelajar di bawah KPLB khususnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk semua pelajar di dalam dan luar negara, Mahdzir berkata butirannya akan diumumkan Perdana Menteri pada satu majlis nanti.

Semalam Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata Jemaah Menteri bersetuju meluluskan semakan semula kadar biasiswa di bawah KPLB khususnya MARA untuk semua pelajar di dalam dan luar negara. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan