Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah premis di Bukit Minyak di sini didenda RM58,000 selepas didapati bersalah membuat penstoran luar tapak bagi buangan terjadual tanpa lesen dan tanpa mendapat kelulusan EIA terlebih dahulu. Foto : JAS Pulau Pinang

Kilang proses bahan kitar semula terjadual didenda RM58,000

BUKIT MERTAJAM, 29 Ogos : Sebuah kilang kitar semula di Bukit Minyak di sini didenda RM58,000 hari ini selepas didapati bersalah membuat penstoran luar tapak bagi bahan buangan terjadual tanpa lesen dan tidak mendapat kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata, hukuman itu dijatuhkan terhadap syarikat berkenaan di Mahkamah Sesyen Butterworth yang membabitkan dua pertuduhan.

Sharifah Zakiah berkata, syarikat tersebut didenda RM8,000 bagi pertuduhan beroperasi tanpa lesen, dan RM50,000 bagi pertuduhan beroperasi tanpa memperoleh kelulusan EIA.

“Syarikat berkenaan mempunyai lesen sebagai Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) bagi memproses buangan terjadual.

“Bagaimanapun, ia tiada lesen dan kelulusan EIA bagi satu tapak penstoran luar tapak di Permatang Pauh di mana buangan distor,” Sharifah a dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, premis atau lokasi yang digunakan untuk aktiviti melibatkan buangan terjadual termasuk penstoran perlu mendapatkan kelulusan EIA dibawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terlebih dahulu dan lesen di bawah Seksyen 18 akta sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan