Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kempen pelancongan tempatan, Sia Sitok Sarawak, akan membuat kemunculan semula pada 1 September selepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelancong tempatan.

Promosi Sia Sitok Sarawak 4.0 buka tempahan mulai 1 September

 
KUCHING, 29 Ogos: Kempen pelancongan tempatan Sia Sitok Sarawak akan membuat kemunculan semula pada 1 September ini selepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelancong tempatan sebelum ini.
 
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata jenama tempatan Sia Sitok Sarawak yang diperkenalkan dua tahun lalu telah menjana jualan bernilai lebih RM10.5 juta yang menunjukkan peningkatan dari segi ekonomi pelancongan tempatan.
 
“Jenama ciptaan tempatan ini adalah untuk menggalakkan pelancong tempatan berkunjung ke destinasi Sarawak sendiri semasa pandemik dan memberi memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk meneroka kawasan pelancongan mereka sendiri dan secara tidak langsung memperkenalkan Sarawak kepada dunia luar,” katanya.
 
“Kempen ini akan sentiasa relevan di mata pelancong, dan penglibatan mereka mampu menyelongkar lebih mendalam mengenai kawasan pelancongan di Sarawak itu sendiri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
 
Abdul Karim menambah, tempoh tempahan akan bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2022, manakala tempoh perjalanan dan penginapan bermula dari 1 September hingga 15 Disember tahun ini.
 
“Di bawah pakej Sia Sitok Sarawak 4.0, penambahan kawasan pelancongan Sarawak akan memperkenalkan alam semula jadi, pengembaraan serta elemen budaya dan makanan pelbagai kaum di Bumi Kenyalang.
 
“Pakej seperti Kedaya Telang Usan bagi penggemar air terjun, Saloma Homestay untuk pelancong menyelami dan merasai budaya Bidayuh, melihat burung di Ba’kelalan, melihat Dulit Frogmouth yang terletak di Pergunungan Utara Borneo, ekspedisi di Belaga dan melawat Uma Belor yang merupakan salah satu rumah panjang terpanjang di Sarawak,” jelasnya.
 
Beliau berharap penduduk di Sarawak akan mengambil peluang ini untuk menikmati tawaran diskaun hebat sebanyak 35 hingga 50 peratus daripada pakej pelancongan tempatan.
 
Individu yang berminat boleh menempah pakej tersebut melalui laman sesawang www.siasitok.sarawaktourism.com untuk menikmati diskaun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan