Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 menerima Biasiswa Yayasan Sarawak yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia,di Kuching, hari ini. Foto : TVS

Tiga pelajar cemerlang STPM 2021 terima biasiswa Yayasan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 29 Ogos: Tiga pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 menerima Biasiswa Yayasan Sarawak yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia,di Kuching, hari ini.

Tiga pelajar tersebut ialah Pressely Bangga anak Kedidi dan Nur Zahirah Indra Soekardi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong, Limbang dan Nasha Izzati Ramlee dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merapok, Lawas.

Pressley dan Nasha yang ditemui TVS sejurus selepas menerima biasiswa tersebut meluahkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada Abang Johari dan pihak Yayasan Sarawak di atas pemberian biasiswa tersebut.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak sebab memberikan biasiswa ini kepada kami,” kata Pressely Bangga.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Sarawak kerana memberi biasiswa ini kepada kami pelajar STPM,” tambah Nasha Izzati.

Manakala bapa kepada Nur Zahirah Indra Soekardi yang mewakili anaknya pula berkata, beliau berharap biasiswa yang diberikan kerajaan Sarawak itu menjadi pembakar semangat buat anaknya untuk terus berusaha keras meraih keputusan cemerlang di alam universiti nanti.

“Mudah-mudahan dengan biasiswa ini, anak saya dapat meneruskan pelajaran di peringkat tinggi dengan lebih cemerlang lagi,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan