“Langkah pertama diskaun bil eletrik, Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil eletrik bulanan kepada pengguna domestik, komersil dan industri termasuk pengusaha dan peruncit makanan yang memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM201.76 Juta.
“Langkah kedua, diskaun 10% hingga 25% juga diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM35.25 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
“Langkah ketiga, diskaun 25% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil , industri dan premis pegangan khas.
“Langkah keempat, diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja diteruskan yang mana ia memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja berdaftar yang menyewa pasar dan kedai dengan PBT dan badan berkanun termasuk LCDA dan SEDC yang mana ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1.73 juta,” katanya.
Tambahnya langkah baharu dalam bantuan BKSS 9.0 pula adalah Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0 yang bertujuan membantu meringankan beban kontraktor di negeri ini dengan kenaikan harga binaan.
“Bantuan ini untuk kontrak berterusan dengan Surat Setuju Terima (LOA) yang dikeluarkan antara 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
“Ia meliputi 15 bahan tambahan untuk kerja binaan dan 10 bahan tambahan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam.
“Kerajaan Sarawak menanggung kos kira-kira RM700 juta untuk membenarkan perubahan harga,” katanya.- TVS