Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gara-gara ingin bergurau dengan rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang semalam. Foto : Bernama

Gara-gara gurauan, remaja lelaki maut dalam kebakaran

ByBernama

SHAH ALAM, 29 Ogos : Gara-gara ingin bergurau dengan rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang semalam. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 petang dan apabila tiba di lokasi didapati api telah padam serta menemukan Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, yang rentung di tandas awam. 

“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Beliau berkata hasil maklumat saksi dan dua rakan kepada mangsa, mereka bertiga sedang melepak dan bermain game di dalam tandas tersebut manakala mangsa sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas. 

Norazam berkata rakan mangsa telah menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau dan setelah asap tebal dan api semakin besar dua rakan mangsa telah lari ke luar tandas. 

“Manakala mangsa yang tersedar dari tidur berada dalam keadaan separa sedar dan melarikan diri ke dalam tandas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan