Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Tellian, Royston Valentine hadir pada Majlis Penutupan Program Explore Race Antidadah Jubli Mutiara Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sempena Bulan Kemerdekaan 2022 peringkat Daerah Mukah baru - baru ini. Foto TVS.

Semai budaya tolak dadah dan judi sejak prasekolah – Royston

MUKAH, 28 Ogos : Program kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah perlu didedahkan seawal mungkin termasuk pada peringkat prasekolah dan tabika.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, ini kerana aktiviti tidak bermoral itu bukan lagi satu isu baharu dalam komuniti namun usaha membanteras perlu diperhebatkan agar tidak terus membarah dalam masyarakat

“Selain dadah, judi dalam talian juga merupakan satu lagi masalah yang sukar dibendung ketika ini tetapi saya yakin melalui kerjasama dengan pelbagai agensi, kita ada dapat membanterasnya,”katanya.

Beliau berkata demikian berucap dalam Majlis Penutupan Program Explore Race Antidadah Jubli Mutiara Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sempena Bulan Kemerdekaan 2022 peringkat Daerah Mukah, kelmarin.

Sebanyak 11 pasukan menyertai pertandingan itu selain acara turut diselitkan dengan ceramah dadah oleh Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mukah, Felynora Joseph Na. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan