Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu menghadiri Majlis Pelancaran Sukan Angkat Berat dan Program Pembangunan Sukan Olahraga di Dewan Keogan SMK St. Joseph, Miri, hari ini. Foto: TVS
Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu pada majlis Pelancaran Sukan Angkat Berat Dan Program Pembangunan Sukan Olahraga di Dewan Keogan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Joseph di sini semalam. Foto TVS.

Sarawak sasar lahirkan lapan atlet Olimpik menjelang 2030

ByTVS

MIRI, 28 Ogos : Sarawak berhasrat untuk melahirkan sebanyak lapan atlet bertaraf Olimpik menjelang 2030 sejajar dengan Pelan Strategik 2022 Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Timbalan Menterinya, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, Kerajaan Sarawak juga sangat komited untuk membantu peningkatan potensi atlet melalui pelaksanakan program sukan dan menyediakan pusat pembangunan.

“Ini merupakan langkah yang tepat untuk memperkasa pembangunan sukan di sini sekaligus merealisasikan misi dan visi menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan di Malaysia.

“Oleh itu penting untuk kita menambah bilangan atlet yang boleh dicapai sekiranya mempunyai pusat sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Pelancaran Sukan Angkat Berat dan Program Pembangunan Sukan Olahraga di Dewan Keogan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Joseph di sini semalam.

Sementara itu beliau memberitahu, kementeriannya dan Persatuan Angkat Berat Malaysian sedang mengadakan perbincangan untuk menubuhkan akademi angkat berat di Sarawak.

“Kita harus menyediakan peluang dan ruang untuk atlet berlatih serta memberi pendedahan mencukupi menerusi penyertaan dalam pertandingan,”katanya.

SMK St Joseph Miri juga telah menjadi pusat latihan sukan angkat berat di sini di samping aktif melaksanakan program pembangunan sukan olahraga dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak.

Sukan angkat berat yang ditawarkan di sekolah ini terbuka kepada pelajar tingkatan satu hingga lima membabitkan kategori lelaki dan perempuan dalam usaha melahirkan atlet remaja berusia bawah 20 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan