KUALA LUMPUR: PERJANJIAN Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akhirnya ditandantangani selepas melalui 31 pusingan rundingan dalam tempoh lapan tahun lepas.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemeteraian perjanjian itu merupakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) terbesar di dunia melambangkan pencapaian penting dalam integrasi dan perkasakan ekonomi 15 negara sekaligus menjadi martabat agenda pembangunan Pertubuhan Perdagangan Dunia.
“RCEP akan menggalakkan, memudahkan dan melindungi iklim pelaburan negara-negara yang mengambil bahagian di rantau ini”
“Ini termasuk pertukaran maklumat dan menggalakkan langkah-langkah ketelusan untuk memudahkan perniagaan dan pelaburan di kawasan RCEP,” katanya kepada pemberita selepas pemeteraian RCEP pada Ahad”