Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari ketika menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Anugerah Sarawak Shell Berhad kepada Pantai Bayu Indah di Miri Times Square di Miri, hari ini. Foto: Faitullah Morni
Abang Johari ketika menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Anugerah Sarawak Shell Berhad kepada Pantai Bayu Indah di Miri Times Square di Miri, hari ini. Foto: Faitullah Morni

Perdagangan karbon: Sarawak akan hasilkan rangka kerja diiktiraf peringkat antarabangsa

MIRI, 26 Ogos : Kerajaan Sarawak akan belajar dari negara lain serta institusi global utama untuk menghasilkan rangka kerja yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi penyimpanan dan perdagangan karbon di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak baru-baru ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2022, yang memberikan negeri itu peruntukan yang lebih baik mengenai penyimpanan dan perdagangan karbon.

Sehubungan itu, beliau berkata rangka kerja yang mematuhi standard antarabangsa adalah perlu dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri Dr Hazland Abang Hipni telah ditugaskan untuk meneliti perkara itu.

“Saya telah menghantar Dr Hazland ke Lisbon, Portugal (untuk belajar daripada mereka) dan kami juga bekerjasama dengan Verra (program Standard Karbon Disahkan) dalam usaha untuk mendapatkan cadangan konkrit dari segi perdagangan karbon.

“Ia (perdagangan karbon) ini adalah sesuatu yang baharu dan protokol antarabangsa telah ada dan kami harus mematuhi protokol antarabangsa mengenai perdagangan karbon,” katanya dalam ucapan semasa majlis Penyerahan Simbolik Surat Anugerah bagi pembinaan dan pemasangan Ibu Pejabat Huluan Shell Malaysia di sini hari ini.

Bangunan pejabat pelbagai penyewa dengan Shell sebagai penyewa utamanya akan menjadi bangunan yang mampan dan cekap tenaga, terletak di Miri Times Square.

Bangunan baharu itu akan merangkumi ruang pengecasan kenderaan elektrik (EV), panel solar, penuaian air hujan dan kawasan taman khusus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan