Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak tambah baik Program S-MM2H

ByFebbright James

KUCHING, 26 Ogos: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan terdapat penambahbaikan bagi Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) menerusi beberapa pelaksanaan keperluan baharu bagi memastikan ia dapat memberi manfaat kepada Sarawak.

Katanya, keperluan baharu itu dipersetujui pada mesyuarat kabinet semalam dan akan berkuat kuasa 1 September ini.

“Pertama, pemohon secara mandatori perlu membuka akaun simpanan tetap dengan mana-mana bank tempatan di Sarawak berjumlah RM150,000 untuk individu, manakala RM300,000 untuk pasangan.

Sebelum ini mereka boleh memilih sama ada mahu membuka akaun tersebut atau sebaliknya namun perlu menunjukkan bahawa mereka mempunyai pendapatan luar pesisir yang mencukupi.

“Perkara ini tidak memberi manfaat kepada Sarawak. Oleh itu kita menetapkan agar mereka mesti membuka akaun dan memasukkan wang ke dalam nya. Ini bagi menyokong ekonomi kita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mengenai Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H) di sini hari ini.

Penambahbaikan yang kedua pula berkait dengan tempoh minimum pemegang visa ini berada Sarawak di mana kini mereka dikehendaki menetap di Sarawak sekurang-kurangnya 30 hari setahun berbanding dengan 15 hari setahun sebelum ini.

Selain itu, antara keperluan lain yang ditambahbaik ialah pemohon S-MM2H juga dibenarkan bekerja atau terlibat dalam perniagaan sepanjang tempoh penyertaan program berkenaan, namun ia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan

Pemohon hendaklah tergolong dalam golongan profesional serta telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Sarawak.

“Dari tahun 2007 hingga 2020,seramai 1,306 peserta dari pelbagai negara telah menyertai program itu S-MM2H.

“Sejak pelaksanaan itu, sebanyak 209 permohonan telah diluluskan bagi tempoh tiga tahun iaitu 2020, 2021 dan 2022 dengan permohonan tertinggi adalah dari Amerika Syarikat dengan 32 Permohonan diikuti United Kingdom 30 dan Singapura 26,” tambahnya.

Untuk rekod, program ini merupakan program di bawah Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak bagi menarik warga asing yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan untuk tinggal di Sarawak menerusi visa kemasukan Malaysia.

Program ini terbuka kepada semua warga negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. – TVS

Tags: #bm, #karim, #smm2h

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan