Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 39 sepanduk pemberi pinjaman tanpa lesen diturunkan dalam satu operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bersama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di sini semalam. Foto TVS.

Polis turunkan sepanduk pinjaman ‘Ah Long’ di Sibu

SIBU, 25 Ogos : Sebanyak 39 sepanduk pemberi pinjaman tanpa lesen diturunkan dalam satu operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bersama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komsioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, operasi berkenaan digerakkan bagi mencegah aktiviti berkenaan di bandar ini.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada apabila membuat pinjaman tanpa lesen.

“Ini kerana meminjam wang daripada pemberi pinjaman tanpa lesen akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan berbanding tujuan asal untuk menyelesaikan masalah,”katanya menerusi kenyataan media semalam.

Menurut Zulkipli, tindakan menurunkan kesemua sepanduk berkenaan telah dijalankan di enam kawasan iaitu sepanjang Jalan Pahlawan , Jalan Camar, Jalan Dr. Wong Soon Kai 20B2, Lorong Sena, Lorong Oya dan Lorong Dong kik .

Beliau memberitahu, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599 untuk sebarang maklumat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan