Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beliau berkata, pihak pengurusan seharusnya perlu lebih peka dengan kebajikan pemain dan lebih telus menguruskan pasukan. Foto: Febbright James

Karim kecewa isu gaji pemain Sarawak United FC tidak dibayar

ByFebbright James

KUCHING, 26 Ogos: Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan perasaan kecewa dengan isu membabitkan beberapa pemain pasukan bola sepak Sarawak United FC yang didakwa tidak menerima gaji selama empat bulan.

Beliau berkata, pihak pengurusan seharusnya perlu lebih peka dengan kebajikan pemain dan lebih telus menguruskan pasukan.

“Bukan saya sahaja malah Premier Sarawak juga tidak senang hati apabila mendapat tahu isu ini dan perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet semalam. Sekiranya ada gaji yang perlu dibayar, pihak pengurusan seharusnya membayar gaji mereka seperti pekerja lain termasuk pemotongan EPF dan sebagainya.

“Kita berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana tidak mahu mereka (pemain) dipinggirkan,” katanya pada kepada pemberita selepas sidang media mengenai Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan badan dan persatuan serta pemain bagi mengetahui situasi sebenar dan mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu, beberapa pemain pasukan bola sepak Sarawak United FC mendakwa tidak dibayar gaji selama empat bulan, sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka terpaksa keluar dari kediaman masing-masing.

Hal tersebut turut mendapat perhatian Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan memandang serius soal tunggakan gaji dan akan membawa perkara ini ke peringkat Majlis Penyelesaian Pertikaian Kebangsaan (NDRC) dalam masa yang terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan