Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mendengar keputusan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.

Najib : Dua saksi dijangka beri keterangan, Rosmah turut hadir

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dijangka akan melibatkan keterangan daripada dua saksi pendakwaan.

Mereka ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang turut didakwa bersama Najib atas tuduhan berkenaan.

Seorang lagi saksi ialah Haniff Lami yang merupakan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.47 pagi tadi dari Penjara Kajang dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Baca lagi > > > Najib dijangka muncul di mahkamah hari ini, kali kedua sejak dipenjarakan 

Baca lagi > > > Najib tiba ke mahkamah kali kedua selepas dipenjarakan

Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansori pula dilihat tiba kira – kira pukul 9.47 pagi, diikuti peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Bagi kes hari ini, Najib, 69, dan Arul Kanda akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Semalam, Ahli Parlimen Pekan itu muncul buat kali pertama di mahkamah sejak dipenjarakan pada Selasa lepas.

Semalam, Najib berdepan pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan jumlah sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan