Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak menyediakan bantuan RM10 juta kepada sekolah menengah persendirian Cina di negeri ini.

Kerajaan Sarawak beri geran RM10 juta kepada sekolah menengah persendirian Cina

ByNazirah Adlina

KUCHING, 25 Ogos : Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Sarawak Bersatu berkata geran berjumlah RM10 juta yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak akan meringankan beban yang ditanggung sekolah menengah persendirian di sini.

Pengerusinya, Vincent Lau berkata, geran itu akan diagihkan kepada 14 buah sekolah menengah persendirian Cina.

“Ianya akan digunakan untuk bantu sekolah berdepan masalah kekurangan pelajar,”katanya.

Vincent berkata, pada tahun lepas, Kerajaan Sarawak juga memberikan geran dengan jumlah sama.

Katanya, bantuan itu sangat membantu pelajar sekolah-sekolah terbabit yang tidak mendapat pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan.

Selain dana, beliau menjelaskan, sumber pendapatan utama sekolah-sekolah persendirian adalah melalui sumbangan pihak swasta, orang ramai dan sebahagian kecilnya daripada yuran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan