Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri Sarawak bersama dengan Tabung Baitulmal Sarawak komited memperkasakan golongan asnaf untuk berdikari melalui bidang keusahawanan.

KEMAS Sarawak komited perkasa golongan asnaf

LAWAS, 25 Ogos: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak bersama dengan Tabung Baitulmal Sarawak akan terus komited memperkasakan golongan asnaf untuk berdikari melalui bidang keusahawanan.

Golongan ini akan diberi bantuan berupa latihan, kursus, bantuan peralatan perniagaan dan sebagainya untuk terlibat dalam perniagaan kecilan.

Pengarah KEMAS Sarawak Khairuddin Md Nasir memberitahu seramai sepuluh orang asnaf yang terpilih akan dibimbing dan diberi bantuan untuk berdikari dan menambah sumber pendapatan keluarga mereka.

“Kita telah memilih 10 orang asnaf yang berkelayakan yang telah ditemuduga untuk kita bagi kursus dan latihan dan selepas itu kita bagi mereka ‘kit’ peralatan untuk mereka memulakan perniagaan.

Terima kasih kepada pihak Baitulmal Sarawak dan Baitulmal cawangan Lawas khususnya yang telah banyak membantu pihak jabatan merealisasikan dan juga menjayakan perlaksanaan program asnaf berdikari ini,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Gerai Usahawan Program Asnaf  Berdikari KEMAS Peringkat Negeri Sarawak dan program Hari Potensi Tabika KEMAS (ROUNDERS) ZON 6 di Dataran Bandar Lawas hari ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan