Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Sarawak melawat Galeri Songket dan Keringkam di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini hari ini.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah melawat Galeri Songket dan Keringkam Sarawak

ByDayu Adruce

KUCHING, 24 Ogos : Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Sarawak melawat Galeri Songket dan Keringkam di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini hari ini.

Kunjungan delegasi Norlidah turut disertai isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Juliah Salag dan isteri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datin Noraini Salleh.

Rombongan mereka disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Dr. Sabariah Putit dan Pengurus Besar Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) Shahren Yusri.

Kunjungan selama sejam itu bertujuan untuk melihat operasi galeri berkenaan yang ditubuhkan untuk memelihara busana tradisi Sarawak.

Pada Jun lepas, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengetuai kunjungan hormat delegasi Sarawak bertemu isteri Norlidah R.M di Sabah.

Sempena kunjungan itu, Sharifah Hasidah berkata, delegasi Sarawak menjemput Norlidah untuk melakukan kunjungan balas ke sini termasuk melawat Galeri Songket dan Keringkam berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan