Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat seorang penuntut universiti tempatan di bandar ini untuk mencari pendapatan sampingan berakhir dengan kisah duka apabila dia kerugian lebih RM15,000 selepas menjadi menjadi mangsa sindiket tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud.

Pelajar di Sibu rugi lebih RM15 ribu ditipu ‘scammer’ tawar kerja sambilan

SIBU, 24 Ogos : Hasrat seorang penuntut universiti tempatan di bandar ini untuk mencari pendapatan sampingan berakhir dengan kisah duka apabila dia kerugian lebih RM15,000 selepas menjadi menjadi mangsa sindiket tawaran kerja dalam talian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun sebelum itu tertarik dengan iklan kerja kosong menerusi Instagram.

Katanya, mangsa telah berurusan dengan seorang suspek perempuan berbangsa Cina menerusi telefon yang memintanya supaya membeli beberapa barangan termasuk jam tangan dan penyaman udara secara dalam talian daripada ejen.

“Mangsa diberitahu dia perlu menjual semula barangan itu serta djanjikan komisen sebanyak 0.6 peratus untuk setiap jualan menyebabkan mangsa bersetuju dengan tawaran berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, pelajar itu telah membuat pembayaran melalui tujuh transaksi ke tiga akaun bank melibatkan jumlah keseluruhan berjumlah RM15,612 namun suspek berterusan meminta pelajar itu membuat bayaran tambahan.

“Mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima komisen yang dijanjikan walaupun setelah tujuh kali membuat urus niaga,”katanya.

Ditanya sumber kewangan mangsa untuk membayar kepada suspek dalam jumlah yang banyak, Zulkipli memaklumkan, polis masih melakukan siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan