Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden SUFC, Dato Posa Majais mengakui pasukan Ngap Sayot berdepan masalah tunggakan gaji. Foto Sarawak United FC.

Sarawak United sedia lunas tunggakan gaji

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 24 Ogos : Sarawak United FC akan melunaskan bayaran tunggakan gaji yang dihadapi oleh pegawai, barisan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan itu dalam tempoh terdekat.

Presidennya, Dato Posa Majais berkata, pembayaran akan dilaksanakan menerusi dana pihak tertentu bagi menyelesaikan kemelut yang sudah lebih tiga bulan membelenggu pasukan.

“Saya akui memang berlaku tunggakan gaji yang melibatkan pasukan belia, presiden dan skuad senior.

“Kita merasa lega kerana dana daripada pihak berkenaan untuk kami selesaikan isu ini telah diluluskan,”katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Sebelum ini satu laman Facebook sukan popular di ibu negara melaporkan sebuah pasukan besar yang berpengkalan di Borneo dan beraksi dalam Liga Malaysia berdepan masalah pembayaran gaji kepada para pemainnya.

Tiga pasukan Borneo yang ketika ini terlibat dalam pertandingan anjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ialah Sarawak United FC dan Sabah FC bagi Liga Super manakala Kuching City FC pula bersaing di Liga Premier.

Sementara itu beliau memberitahu meskipun berlaku tunggakan gaji, pengurusan tetap memberi bayaran pendahuluan kepada pemain yang bergaji di bawah RM13 000.

“Kita beri advance sebanyak RM2,000 hingga RM4,000 kepada pemain yang bergaji RM10,000 hingga RM12,000 di samping bonus sekiranya pasukan meraih kemenangan,”ujarnya.

Berhubung tunggakan bayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), beliau berkata, pasukan masih ‘berhutang’ melibatkan jumlah hampir RM2 juta.

“Untuk KWSP lebih RM1 juta dan LHDN pula hampir RM1 juta, itu belum termasuk gaji lagi,”tambahnya.

Selepas menamatkan 17 perlawanan, Sarawak United kini berada pada kedudukan ke-11 dengan memungut 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan 11 kekalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan