Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Andi Suryadi Bandi berucap pada Majlis UMNO Bahagian Kalabakan Bersama Pemimpin dan Akar Umni Pulau Sebatik di sini semalam.  Foto UMNO Kalabakan.

Mesyuarat PRU15, bahang kian terasa – UMNO Kalabakan

KOTA KINABALU, 22 Ogos : Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Andi Suryadi Bandi berkata, mesyuarat tergempar parti itu yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini adalah bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Andi Suryadi berkata, kesemua pemimpin UMNO bahagian diarahkan hadir untuk membincangkan perkara itu dalam mesyuarat yang turut dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau pada masa sama mengesahkan turut menghadiri mesyuarat itu.

“Ini supaya kita bersedia untuk berdepan PRU15 yang bahangnya semakin terasa,”katanya ketika berucap pada Majlis UMNO Bahagian Kalabakan Bersama Pemimpin dan Akar Umni Pulau Sebatik semalam.

Sementara itu beliau turut memaklumkan, UMNO Zon 6 Tawau dan Kalabakan akan menganjurkan Himpunan Gelombang Biru pada 3 dan 4 September ini di Padang Bandaran Tawau.

“Himpunan ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Bung Moktar Radin ,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan