Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum mewakiliĀ Merdeka Kuartet akan menjadi tetamu khas dalam rancangan Merdeka 65. Foto: BERNAMA

Empat menteri kabinet wakili pelbagai kaum dalam bual bicara khas Rabu ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Ogos : Empat menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum bakalĀ  membincangkan isu perpaduan dan patriotisme dalam satu rancangan bual bicara khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022.

Mereka ialah Menteri Komunikasi dan MultimediaĀ Tan SriĀ AnnuarĀ Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan HKHM 2022, Menteri PengangkutanĀ Datuk SeriĀ Dr Wee Ka Siong, Menteri Sumber ManusiaĀ Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Keempat-empat mereka yang mewakili Merdeka Kuartet akan menjadi tetamu khas dalam rancangan Merdeka 65 yang akan disiarkan di saluran berita Astro Awani Rabu ini, jam 8.30 malam.

Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan selaku Sekretariat Media dan Publisiti HKHM 2022Ā Datuk E. Sivabalan berkataĀ perbincangan mereka dijangka berkisar kepada semangat Keluarga Malaysia dan prinsip Rukun Negara.

ā€œFokus adalah mengenaiĀ pentingnya seluruh rakyat bersama berganding bahu meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi memastikan kebersamaan dalam semangat Keluarga Malaysia.

ā€œBersama-samalah kita semua tunggu mesej dan amanat menteri-menteri dan kami memohon kepada Keluarga Malaysia supaya sama-sama menonton rancangan tersebut,ā€ katanyaĀ kepada Bernama.

Dalam pada itu, Sivabalan turut mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bermula 7 pagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan